Saturday, March 13, 2021

Kisah Lagenda Ular Jadian Berkepala Tiga


Satu kisah lagenda yang menarik untuk dikupaskan adalah tentang kisah ular jadian yang fizikalnya memiliki kepala tiga.

Kisah lagenda ini datang dari negara Russia. Berlaku sebelum zaman Soviet iaitu zaman raja Tsar.

Kisahnya bermula seperti ini. Terdapat seorang ayah yang miskin. Dia keluar bekerja di kota sehari suntuk dan balik semula pada waktu malam ke rumah.

Pada suatu hari sebelum berangkat pergi kerja, lelaki itu bertanya kepada tiga orang anak perempuannya apa-apa sahaja yang mereka mahu. Dia akan cuba untuk dapatkan. Itu sebagai hadiah buat ketiga-tiga anak daranya yang baik.

Dua orang anak perempuannya inginkan baju sejuk yang diperbuat daripada bulu binatang manakala anak yang bongsunya pula mahukan sekuntum bunga yang baru sahaja mekar.

Demi kasih sayangnya, si ayah pun berusaha mencari semua benda yang dimahukan oleh anak-anaknya.

Dia berjaya dapatkan baju sejuk bulu binatang buat dua orang anaknya namun tidak dapat mencari kuntuman bunga yang baru mekar seperti yang diminta oleh anak bongsu.

Namun, si ayah tidak mengalah. Dia mencari dan terus mencari sehinggalah di tengah-tengah sebuah padang yang luas, dia temui sekuntum bunga yang sedang mekar.

Si ayah pun terus mencabut bunga tersebut tanpa berfikir panjang. Tiba-tiba, muncul seekor ular bersaiz gergasi yang memiliki tiga kepala.

Ular itu mampu berkata-kata. Ia memarahi si ayah kerana si ayah itu telah mengambil bunga yang dijaganya.

Si ayah pun terus merayu kepada ular gergasi itu. Dia sangat memerlukan bunga tersebut kerana diingankan oleh anak perempuan bongsunya.

Akhirnya, ular gergasi itu pun bersetuju untuk memberi bunga itu kepada si ayah tetapi dengan satu syarat.

Syaratnya adalah si ayah perlu kahwinkan ular itu dengan salah seorang daripada ketiga-tiga anaknya.

Si ayah bersetuju dengan syarat itu. Sebaik sahaja balik ke rumah, dia bertanya anaknya sesiapa yang setuju untuk kahwin dengan ular itu.

Anak bongsu menawarkan diri untuk berkahwin dengan ular gergasi yang ajaib itu kerana dia terhutang budi pada ular itu.

Ular ajaib itu membawa anak bongsu tinggal bersamanya dalam istana yang besar dan juga mewah.

Anak bongsu hidup bahagia bersama ular ajaib berkepala tiga itu. 

Bertahun tahun berlalu, si anak bongsu mula berasa rindu akan keluarganya di kampung kerana tidak berjumpa langsung sejak dia berkahwin.

Jadi, anak bongsu meminta izin daripada suaminya si ular ajaib itu untuk pulang menjenguk keluarganya.

Ular berkepala tiga itu memberi kebenaran kepada anak bongsu tetapi dengan satu syarat.

Syaratnya adalah anak bongsu perlu keluar dari istana sebelum terbit matahari untuk pergi ke rumahnya di kampung dan mestilah pulang semula ke istana sebelum matahari terbenam pada hari itu.

Anak bongsu itu bersetuju. Beberapa hari dia berjaya penuhi syarat yang ditetapkan oleh suaminya.

Sehinggalah pada suatu hari ketika matahari hampir terbenam, ketika itu anak bongsu sedang bersiap untuk pulang semula ke istana.

Tiba-tiba dua orang kakaknya mengajak dia bermalam di kampung. Dia menolak tetapi kedua dua kakaknya itu tetap mendesak.

Akhirnya, si anak bongsu bersetuju. Dia bermalam di situ. Keesokan pagi barulah dia pulang ke istana.

Sebaik sahaja tiba di istana, si anak bongsu hairan apabila mendapati keadaan istana sangat bersepah seperti baru lepas diserang.

Anak bongsu juga mendapati ular berkepala tiga itu sudah tiada di dalam biliknya sebaliknya, yang ada hanyalah mayat seorang lelaki yang kacak berpakaian raja.

Suaminya si ular berkepala tiga itu sudah bertukar menjadi manusia yang kacak tetapi telah mati akibat kemurungan kerana terlalu lama menunggu kepulangan isterinya.

Rupanya waktu di istana ataupun alam raja itu berbeza dan lambat. Meskipun baru semalam anak bongsu tidak balik tetapi di alam itu sudah bertahun.

Akhirnya, istana itupun hilang sekelip mata. Anak bongsu kembali tinggal bersama keluarganya semula dengan perasaan sangat sedih.

No comments:

Post a Comment

Untuk para pecinta kucing rahsia kelebihan memelihara kucing dari sudut spiritual

MISI SEEKOR KUCING Ramai yg menyangka kucing tidak mempunyai apa2 pekerjaan, mereka hanyalah makhluk pemalas yg hanya tau makan dan minum. H...